Vaksin Spikevax diluluskan bagi penggunaan golongan 12 tahun dan ke atas.

0
1
vaksin uitm

PIHAK Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Covid-19 Spikevax, keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata vaksin berkenaan sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurutnya, sehingga kini, PBKD telah memberi kelulusan kepada vaksin Pfizer dan Sinovac untuk digunakan dalam kalangan individu yang berumur 12 tahun dan ke atas.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia.

“Ini dengan memastikan ubat berkenaan dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here