CUEPACS tuntut permohonan maaf KPPA

0
2
Presiden CUEPECS, Adnan Mat. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak campur tangan kerajaan berhubung kejadian yang berlaku di lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dengan dengan pegawai imigresen.

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata pihaknya berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dapat mengambil tindakan segera demi menjaga kebajikan kakitangan awam.

“Sewajarnya sebagai seorang pegawai tertinggi kerajaan hendaklah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pegawai bawahan mereka.

“Adalah amat malang jika seseorang pegawai tertinggi dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf VVIP sedangkan beliau harus menyantuni pegawai kita dengan bijaksana dan memahami tugasan mereka di lapangan serta bukannya memalukan pegawai tersebut di depan khalayak ramai seperti yang didakwa oleh pihak kesatuan kakitangan imigresen,” katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, sikap yang ditonjolkan pegawai tertinggi kerajaan itu tidak menggambarkan prinsip Keluarga Malaysia sekali gus menjejaskan imej pegawai perkhidmatan awam.

“Berlandaskan prinsip keluarga malaysia, perkhidmatan awam mesti bergerak berdasarkan nilai-nilai yang disemai dalam semangat Keluarga Malaysia seperti mana yang disarankan oleh Perdana Menteri, katanya.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan dakwaan KPPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di KLIA semalam tidak berasas.

Dakwaan itu juga dikatakan bertujuan berniat jahat untuk menjatuhkan imej individu tersebut sebagai pegawai tinggi kerajaan.

JPA dalam kenyataan memaklumkan KPPA menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya pegawai bernama James Lee berikutan ketidakpatuhan amalan dan prosedur apabila pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here