7 parti mohon sertai BN – Asyraf Wajdi

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan tujuh parti telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia termasuk Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru ditubuhkan dengan antara pemimpinnya ialah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Sehubungan itu, beliau menimbulkan persoalan mengapa terdapat banyak parti mahu menyertai atau memohon kembali menyertai gabungan tersebut ketika ini.

“Kenapa agaknya banyak parti mahu menyertai atau kembali semula sebagai komponen BN?

“Fenomena ini bukan setakat Parti Bangsa Malaysia (PBM) tapi sekurang-kurangnya tujuh parti sudah kemukakan permohonan untuk menyertai BN,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Zuraida dilaporkan berkata BN masih belum menjawab permohonan PBM untuk menyertai gabungan itu.

Zuraida yang juga antara pemimpin tertinggi PBM mengesahkan parti itu telah menghantar permohonan untuk menjadi parti komponen BN, tiga minggu lalu.

Baru-baru ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata BN sedia menerima mana-mana parti politik yang ingin bersama gabungan itu.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata beliau dan kepimpinan BN belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan PBM itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here