Kajian kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA dibentang hujung bulan ini

0
1

KERTAS kajian kenaikan kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), akan dibentang kepada kabinet hujung bulan ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kajian itu bukan sahaja melibatkan kadar elaun sara hidup pelajar di luar negara, malah turut membabitkan pelajar di dalam negara.

“Dahulu sewa rumah seorang boleh dapat (sekitar) £80 ke £120 (RM360 – RM545) seminggu, (tetapi) sekarang tidak boleh dapat harga begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Kuala Lumpur hari ini.

Mahdzir berkata, kajian itu dilakukan memandangkan ramai pelajar terkesan dengan kos sara hidup khususnya di negara United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia membabitkan kos elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan sewa rumah.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Keluarga Malaysia akan menaikkan elaun sara hidup pelajar tajaan MARA.

Menurutnya, keputusan akan dibuat bagi menentukan jumlah kenaikan bagi setiap pelajar berdasarkan lokasi dan negara.

Beliau berkata, pihak MARA dalam peringkat mendapatkan maklum balas daripada lain-lain kementerian dan agensi yang ada kaitan dengan tajaan pelajar. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Mahdzir Khalid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here