Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk

0
1

DUA penyanyi lagenda tanah air, Francissca Peter dan Siti Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan darjah kebesaran dan pingat Pahang itu, diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Isnin, bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kedua-dua bintang itu antara 99 individu menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat Pahang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan berkenaan selesai.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sementara itu, empat bekas pemain bola sepak dan jurulatih juga menerima DIMP iaitu Dollah Salleh yang kini Ketua Jurulatih Interim Pahang, Zainal Abidin Hassan (Ketua Jurulatih Penang FC), Ahmad Yusoff (Jurulatih Sri Pahang Football Club) dan Ahmad Yunus Mohd Alif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here