JAS kompaun kilang kimia RM310,000

0
1

PEMILIK sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor dikenakan 155 kompaun berjumlah RM310,000 kerana gagal menguruskan bahan buangan terjadual.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kompaun itu dikeluarkan JAS cawangan Pasir Gudang.

“Premis didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan terjadual dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

“Premis berkenaan telah diarah untuk mengambil tindakan segera dengan memastikan semua sisa buangan terjadual yang dihasilkan diurus mengikut prosedur yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JAS, sampel buangan daripada proses kilang telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

“Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here