Lelaki laung azan dalam tokong kurang siuman – polis

0
2

POLIS mengesahkan menerima laporan kes tular seorang lelaki melaungkan azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata video berdurasi 58 saat itu dimuat naik di Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, siasatan mendapati suspek adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.

“Kejadian ini disyaki berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam sempena festival sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut Julai setiap tahun.

“Hasil keterangan saksi mengesahkan suspek mempunyai masalah mental dan kurang siuman.

“Ini kejadian kedua dilakukannya dan yang pertama pada tahun 2017,” katanya menerusi kenyataan lewat malam tadi.

Cheng San menambah, masyarakat sekitar kawasan tersebut kebanyakannya sudah mengenali suspek terbabit.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecah belahkan kaum serta agama.

Terdahulu, video tular lelaki berkopiah putih itu tular di media sosial hingga mengundang pelbagai reaksi netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here