Jamal Yunos dilantik Ketua Komunikasi BN Selangor

0
2

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilantik sebagai Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar pada majlis Konvensyen BN negeri itu semalam.

“Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor,” kata Jamal menerusi hantaran di Facebooknya.

Jamal sebelum ini memegang jawatan sebagai Bendahari BN Selangor dan jawatan tersebut kini disandang oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here