Penubuhan MN: Umno ‘digigit’ – Ahmad Zahid

0
1

UMNO bukan penyebab penubuhan Muafakat Nasional (MN) tertangguh, sebaliknya Umno telah ‘digigit’ hingga gabungan itu tidak menjadi kenyataan.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu tidak boleh dipersalahkan berikutan MN hanya menjadi gagasan dan tidak dapat direalisasikan menjadi sebuah gabungan.

“Itu (dakwaan) hanya satu hipotesis dan fatamorgana kerana kita pernah menawarkan ‘olive branch’ (menghulurkan perdamaian) kepada kedua-duanya.

“Namun, tangan kami bukan hanya ‘dikokak’ dan ‘digigit’, malah mereka melakukan sesuatu hingga hampir ‘patah tangan’… tetapi kami membina kekuatan sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Puteri Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai maklum balas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa sikap pemimpin Umno yang menimbulkan masalah menyebabkan penubuhan MN tertangguh hingga kini.

Abdul Hadi ketika berucap di Majlis Pelancaran PN Terengganu di Marang, malam tadi mendakwa masalah dibawa Umno itu termasuk cubaan beberapa pemimpinnya mewujudkan jajaran baharu menyebabkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dianggotai pemimpin daripada parti itu terkubur pada Ogos 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here