Sukan Komanwel: Aniq sumbang pingat emas pertama

0
2

KONTINJEN negara meraih emas pertama di temasya Sukan Komanwel 2022 di National Exhibition Center (NEC), Birmingham setelah Mohamad Aniq Kasdan mengungguli acara angkat berat 55 kilogram.

Kemenangan itu dikongsikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Facebook sebentar tadi, dan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohamad Aniq.

“Jalur Gemilang mula berkibar megah di bumi Birmingham!!!
Tahniah Aniq Kasdan, Atlet Angkat Berat. Emas Pertama Negara.

“#DemiMalaysia #KeluargaMalaysia terus doakan anda dan semua atlet kita,” kata kenyataan KBSMalaysia.

Terdahulu, Mohamad Aniq menamatkan saingan snatch dengan angkatan seberat 107 kilogram dalam percubaan pertama, namun gagal bagi angkatan kedua dan ketiga membabitkan berat 111kg.

Bagi disiplin clean & jerk, Mohamad Aniq memulakan angkatan 138kg, namun bagi angkatan kedua 139kg, dia gagal sebelum bangkit melakukan angkatan 142kg sekali gus memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here