SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan Umno untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan parti itu.
Ahmad memaklumkan yang pihaknya telah menerima surat jawapan dari ROS yang bersetuju pemilihan Umno ditangguhkan selama enam bulan selepas PRU ke-15.
“ROS juga meminta satu pemilihan diadakan dalam satu penggal pilihan raya umum parlimen (Dewan Rakyat).
“Ini bermakna pemilihan Umno untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU ke-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan di Twitter, hari ini.
Sebelum ini, Malaysiapost melaporkan yang ROS telah meluluskan permohonan Umno untuk melakukan pindaan perlembagaan.
Bagaimanapun jabatan itu ingin memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum memberi jawapan bertulis kepada Umno.- Malaysiapost

