Nahar Tajri
PROSIDING kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan lagi hari ini berikutan Saksi Pendakwaan ke 18, V Mahendran tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana masih positif Covid- 19.
Mahendran adalah Penguasa Kanan Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah menetapkan tarikh pada 10 Ogos depan bagi meneruskan perbicaraan.
Pada 26 Julai, perbicaraan membabitkan Presiden Umno itu berhubung tuduhan rasuah daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) ditangguhkan berikutan Saksi Pendakwaan Ke-18 dan yang terakhir tidak dapat hadir kerana dijangkiti Covid-19.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan perkara itu kepada Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bagi memohon penangguhan tersebut selepas saksi didapati tidak sihat semalam.
“Kami dimaklumkan IO positif Covid-19 lewat malam semalam, oleh kerana itu kami tak dapat memanggil beliau (memberikan kesaksian) untuk hari ini,” katanya.- Malaysiapost

