‘Genap setahun, bidadari syurga’ – Shuib

0
1

TANGGAL 29 Zulhijjah hari ini genap setahun pemergian penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Sebagai tanda rindu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memuat naik gambar bersama Sarah ketika mereka di Tanah Suci Mekah.

“Salam Jumaat. Genap setahun. Al Fatihah buat Siti Sarah Binti Raissuddin. Bidadari syurga,” tulis Shuib di hantaran Instagram miliknya.

Hantaran tersebut dibanjiri kata-kata semangat dan doa daripada rakan-rakan artis termasuk Liza Hanim, Datuk Aaron Aziz, Sharifah Shahirah, Datin Eina Azman, Elly Mazlein dan Achey.

Shuib dan Allahyarham Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah yang mula dikenali dengan lagu Kesetiaan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, pasangan berkenaan juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here