12 Ogos mahkamah dengar permohonan Tommy, kerajaan batal saman Najib

0
1
Bila Tommy desak lagi supaya beliau mengaku, DSN tanya balik "Awak peguam negara, awak tunjuklah undang-undang mana" | pakdin.my

PERMOHONAN bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan kes saman difailkan Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk 1MDB akan didengar bermula 12 Ogos.

Jurucakap pasukan peguam Najib, Yudistra Darma Dorai ketika berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan hakim Datuk Ahmad Bache, lapor FMT, hari ini.

“Tarikh pendengaran itu ditetapkan oleh Yang Arif (Ahmad Bache) semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini dan pendengaran permohonan itu akan dijalankan secara fizikal,” katanya.

Pada 18 November lalu, Tommy dan kerajaan mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman tersebut selepas mendakwa tindakan bekas perdana menteri itu menyaman mereka ialah suatu serangan sampingan bagi menghalang prosiding kes jenayah terhadapnya.

Najib selaku plaintif memfailkan saman itu pada 22 Okt tahun lepas, dengan menamakan Thomas dan kerajaan selaku defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib, 69, berkata beliau didakwa di mahkamah membabitkan kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Najib mendakwa tuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pada 2015, Tommy bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan kesalahan dan salah urus yang kononnya dilakukan kepada dana 1MDB.

Menurut Najib, Tommy juga menasihati Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap Najib berhubung penglibatannya dalam 1MDB.

Najib menuntut secara bersama dan berasingan daripada Tommy dan kerajaan satu pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam dan menuntut kerugian berjumlah lebih RM1.9 juta. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here