PN bincang persiapan berdepan PRU15

0
1

PERIKATAN Nasional (PN) sedang mempersiapkan usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mesyuarat gabungan itu yang berlangsung malam antara lain membincangkan persiapan ke arah menghadapi PRU15.

“Malam tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dihadiri oleh presiden parti-parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

“Saya telah melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di dan pelancaran PN Terengganu di Marang pada 30 Julai 2022.

“Mesyuarat ini turut membincangkan persiapan-persiapan penting bagi menghadapi PRU15,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, mesyuarat malam tadi juga bersetuju untuk mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos 2022 sempena sambutan ulang tahun kedua gabungan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here