Di sebalik spekulasi dan andaian, Umno terus kukuh berpadu – Asyraf Wajdi

0
1

MESYUARAT ‘Top 5″ semalam menzahir dan memanifestasikan suatu kesepakatan dan kesepaduan utuh kepimpinan tertinggi Umno.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kelima-lima pemimpin yang duduk bersama berbincang, telah menjawab segala spekulasi dan pelbagai andaian.

“Biarpun pelbagai spekulasi, andaian, cerita-cerita picisan dan usaha terancang dilakukan untuk memecahkan kesepaduan ini, Alhamdulillah Umno terus kukuh berpadu.

“Ini demi meneruskan agenda perjuangan membela rakyat dan menuju ke medan peperangan yang hakiki,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mesyuarat semalam dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Hasan.

Mereka turut disertai tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here