Apa kepentingan anak buah Tun M di UKSB?

0
1
KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER 2015. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii pada sidang selepas Mesyuarat Pemuda UMNO Wilayah di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh. NSTP/Abdullah Yusof

Razlan Rafii

SETELAH saya meneliti jawab balas anak buah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap isu dibongkarkan oleh saksi bersumpah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di mana mereka telah memberi wang tunai sebanyak RM2.6 juta kepada beliau. Ada banyak tanda tanya dan fakta yang mengelirukan rakyat.

Mengapakah seorang Tan Sri @ anak buah Tun Mahathir, dengan tiba-tiba sahaja diberi gaji sebanyak RM1.3 juta sebulan sejak April sehingga November 2018.

Apakah yang memungkinkan beliau mempunyai kelayakan untuk membawa keuntungan beratus juta ringgit kepada syarikat? Atas dasar apa? Adakah mungkin juga sebab beliau adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7!

Kenapa pula tiba-tiba, syarikat yang mempunyai kontrak kerajaan dengan nilai ratusan juta, tiba-tiba boleh memberi saham syarikat sebanyak 50 peratus secara percuma kepada anak saudara Perdana Menteri?

Apakah niat dan tujuan yang boleh difikirkan dalam pemikiran seorang yang waras? Mungkinkah ia mempunyai kelebihan untuk mempengaruhi Perdana Menteri di dalam sesuatu keputusan!

Apakah sebagai seorang yang berpengalaman tinggi tidak boleh membuat penilaian sendiri sehingga menggunakan rakan di dalam Bersatu untuk menerima nasihat? Adakah nasihat itu diminta atau ia datang dari penolakkan sambungan kontrak UKSB.

Adakah apabila kontrak itu sudah tidak lagi berjaya disambung, anak saudara Tun M ini disuruh meletakkan jawatan kerana kini tiada lagi prospek untuk melaksanakan tugasan beliau, atau mungkin juga telah berjanji dengan syarikat yang baharu?

Dalam dunia perniagaan, setiap urus niaga kebiasaanya pasti datang dengan balasan? Apakah balasan dijanjikan anak buah Tun M kepada UKSB untuk melakukan kerja beliau sehingga dibayar RM1.3 juta sebulan?
.
Penulis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno
(Artikel ini dipetik dari Facebook beliau, tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here