RUU larangan lompat parti bakal akhiri krisis politik yang tiada kesudahan

0
1

RANG Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 akan memastikan kemelut politik berpanjangan sejak dua tahun lalu, tidak berulang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata RUU berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu akan memastikan kestabilan politik dan mengelak negara terus berdepan krisis politik yang tiada kesudahan.

Katanya, RUU itu juga sebagai mesej jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili, melindungi mandat rakyat yang diterima ketika pilihan raya, serta kepercayaan tinggi kepada ahli Dewan Rakyat ketika proses pilihan raya.

“Saya yakin RUU ini mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik, daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan munasabah, sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau ‘lompat parti’ yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

“Ini kerana ia melibatkan mandat atau kepercayaan rakyat yang memilih wakil mereka di Dewan Rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here