Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan mungkin dihantar ke China

0
1
grafik

AHLI perniagaan Malaysia Teow Wooi Huat masih berada di bawah tahanan pihak imigresen Thailand dan menunggu untuk dihantar ke China.

“Dia dijangka dihantar ke China tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor Bernama memetik sumber polis tanpa mahu menyatakan butiran bila Teow akan dihantar ke negara itu.

Bagaimanapun, media tempatan di Thailand melaporkan yang Teow akan dihantar ke China hari ini.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan itu kini ditahan pihak berkuasa Thailand

Jumaat lalu, Teow yang berada dalam senarai merah Interpol, dipanggil pihak polis untuk diberitahu yang visanya telah dibatalkan.

Dia kemudian diserahkan kepada polis imigresen di Songkhla dan kemudian dipindahkan ke Pejabat Imigresen Suan Plu di Bangkok.

Teow, 55, yang juga digelar Jho Low 2, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang sedang diburu Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, telah melarikan diri ke Dannok di Sadao pada 2020.

Teow membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan haram dalam talian yang memikat pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.

Pada 2017, Teow ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah tetapi berjaya melarikan diri ke Thailand dan terlepas daripada hukuman gantung.

Pada 2019, pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI Group International ketika itu. Bank Negara telah menyenaraikan syarikat itu sebagai syarikat yang menjalankan skim kewangan meragukan.

Dia juga dihendaki berhubung pelaburan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here