Shahril Hamdan nafi terima RM1.162 juta dari UKSB

0
1

KETUA Penerangan Umno, Shahril Hamdan menegaskan dakwaan beliau menerima RM1.162 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) tidak benar sama sekali.

Malah, tegasnya, beliau juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung lejar kononnya mengandungi nama ‘S Pat’ mahupun kandungan lejar tersebut.

“Saya selanjutnya menyatakan bahawa saya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun berkenaan perkara ini,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu hari ini media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi sumbangan dana RM1.16 juta kepada Shahril untuk tujuan politik dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, memberitahu mahkamah ketika perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lapor Harian Metro.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata ketika pemeriksaan balas peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh.

Siong Sun berkata, sumbangan diberikan secara bulanan kepada Shahril merujuk kepada kod nama ‘S Pat’ dalam buku lejar syarikat berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here