Masih ada pihak jahil konsep perpaduan Islam – MB Kelantan

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=586021099548397&set=pcb.586021732881667

PAS menyifatkan rundingan perpaduan Islam dan Melayu dalam Muafakat Nasional (MN) masih terbuka luas walaupun Umno dilihat menolak pelawaan tersebut.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, PAS bertindak sebagai pendamai antara parti politik bagi memastikan teras Islam dan Melayu dapat diperkukuhkan.

Katanya, perdamaian antara parti terbabit mampu memperluaskan lagi pandangan tentang penyatuan ummah memandangkan masih ada pihak yang gagal memahami maksud dakwah.

“Perdamaian merupakan sesuatu yang baik, ruang untuk kita meluaskan pandangan tentang dakwah. Usaha itu penting memandangkan masih ada pihak yang belum memahami kehendak Islam.

“Usaha itu diakui berdepan kesukaran kerana masih ada pihak yang jahil tentang konsep perpaduan dalam Islam,” katanya memetik Harakah Daily.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak putus asa berusaha menyatukan ummah seperti dikehendaki agama Islam. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Dato’ Ahmad Yakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here