Santhara dilaporkan keluar parti, Bersatu tidak terjejas – Hamzah

0
2

BERSATU tidak terjejas laporan berkenaan tindakan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar keluar dari parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagaimana pun tidak mengulas sama ada sudah menerima surat mengenainya daripada Santhara.

“Seorang Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk keluar parti tidak akan memberi kesan besar. Tindakan seperti itu hanyalah berdasarkan kepentingan dirinya sahaja.

“Perjuangan yang dibawa oleh ahli-ahli parti lebih mustahak berbanding kepentingan kehendak seorang individu.

“Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara ini kemudian ” katanya kepada media dalam Program Kita Demi Negara di Dewan Astaka Batu Kurau di Larut, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Santhara telah menyerahkan surat kepada setiausaha agung Bersatu untuk menyatakan hasratnya keluar dari parti itu

Sementara itu, mengenai logo baharu Perikatan Nasional (PH), Hamzah berkata, perkara itu telah diserahkan kepada beberapa syarikat untuk menguruskan reka cipta logo yang baharu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat PN tidak lama lagi dan kita telah melantik beberapa syarikat untuk mereka cipta beberapa corak logo tersebut.

“Setelah membuat pemilihan kita akan meluluskannya nanti dalam mesyuarat tersebut,” katanya. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here