‘Kalau saya dipenjarakan, tak bermakna peluang anak kamu jadi PM lebih cerah’

0
1
kombinasi

DATUK Seri Najib Razak mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa usahanya mahu mengheret beliau ke penjara bukan menjamin peluang cerah untuk anaknya menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian susulan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa selalu ‘meratib’ namanya termasuk dalam isu membabitkan tuntutan waris Kesultanan Sulu.

“Tun, dengan segala hormatnya jikapun saya masuk ke dalam (penjara) pun, ianya tidak bermaksud parti PETAI (Pejuang) kamu tidak akan terus mendapat telur pada PRU15 akan datang. Tidak bermakna peluang anak kamu jadi PM menjadi lebih cerah,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Najib berkata, orang ramai kini mahu mengetahui mengapa Peguam Negara Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menulis tulis surat ‘luar biasa bodoh’ yang sekali gus telah menjejaskan kedaulatan Sabah serta aset negara bernilai RM66 bilion.

“Orang ramai mahu tahu kenapa tiada seorang pun dalam kerajaan PH termasuk PM, Menteri-menteri PH, Timbalan Menteri PH, Ahli Parlimen PH dan Ketua Menteri Sabah masa itu tidak mengetahui kewujudan surat ini dan kita mahu tahu siapa yang luluskan surat tersebut.

“Tapi kamu pula tiap-tiap hari ratib Najib, Najib dan Najib,” katanya menerusi Facebook.

Kenyataan Najib itu susulan hantaran Dr Mahathir menerusi Facebook yang bertajuk ‘penjara Najib’. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here