Ayah Zulfarhan terkilan, lirik lagu ‘Iron untuk gosok baju’ jadi bahan provokasi

0
1

AYAH kepada Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan ‘Ultras’ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melaungkan lagu dengan liriknya berbunyi, ‘Iron untuk gosok baju’.

Difahamkan, lirik tersebut berkait rapat dengan kes Zulfarhan yang maut akibat ditekap dengan seterika.

Zulkarnain Idris berkata, sebagai seorang bapa, dia rasa terkilan dengan insiden tersebut apatah lagi ia melibatkan pegawai UKM sendiri.

“Pegawai-pegawai ini sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar tapi mereka yang sama-sama ‘naik menganjing’ lagu itu.

“Jujur, saya memang kecil hati dengan lagu yang mereka tujukan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya seperti dilapor portal Majoriti.

Beliau berkata, isu ini sensitif dan sepatutnya pegawai berkenaan peka dengan perkara tersebut.

“Bagi saya mereka tidak menghormati kami sebagai keluarga arwah dan kalau boleh saya minta janganlah buat macam ini.

“Anak saya meninggal dengan keadaan yang tragis. Sudah tentu saya kecewa apabila kematian dia dijadikan bahan provokasi,” katanya.

Zulkarnain turut berharap agar insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi pada masa depan.

“Tolong jangan buat lagi dan jadikan sebagai satu pengajaran. Saya minta kalau ada perlawanan lagi yang melibatkan UPNM, tidak payahlah nak menyanyi atau bangkitan isu sensitif ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here