Chegubard
RAFIZI Ramli kononnya pakar strategi namun sangat tidak berhati hati dalam memilih isu. Dia memilih isu tuntutan Sulu ke atas aset Petronas.
Betul ia berlaku dan tuntutan itu berjaya kerana antaranya sebab kelemahan Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebab tak tumpu isu itu sebab ketika sama sedang bergelut masalah 1MDB.
Namun dari aspek strategi bila memilih isu Sulu dengan taktik label lawan sebagai pengkhianat penderhaka agak tidak tepat kerana dalam isu ini beban PKR juga sangat tinggi.
Ia akan mengangkat kembali bagaimana Nurul Izzah secara sulit adakan pertemuan sulit dengan “Pemaisuri Sulu” mohon sokongan bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas pertemuan itu Sulu mendesak Kerajaan Filipina “revive” semula tuntutan ke atas Sabah. Itu belum sebut beberapa siri kemudian pertemuan sulit Anwar dengan beberapa “pengganas” Selatan Filipina. Fakta perlu diingat.
Ketika serangan berlaku beberapa media antarabangsa dan media Filipina menyebut dengan jelas pencerobohan pengganas Sulu ke atas Sabah mula disusun selepas dirangsang oleh kenyataan Anwar untuk memberikan automomi kepada Sabah.
Dengan usaha Rafizi ini juga rakyat turut diingatkan mengenai beberapa pemimpin kanan PKR yang menyebut dengan jelas memperlekeh usaha tentera Malaysia pertahankan kedaulatan negara.
Peperangan itu dikatakan oleh mereka ketika itu sebagai sandiwara malah ada pertikaian menuduh tentera Malaysia yang salah sebab mulakan tembakan.
Rafizi bukan sahaja tidak berhati hati memilih isu malah isu yang dipilih menyebabkan banyak impak negatif kepada PKR.
Kalau nak cerita derhaka dan pengkhianat, Anwar Ibrahim dan Najib Razak sama pernah khianati Yang di-Pertuan Agong dan rakyat bila melakukan rundingan sulit politik dalaman negara dengan libat dan undang pemimpin utama negara jiran sehingga masuk secara sulit beberapa kali dan ada perjanjian bertulis ditandatangani.
Ketika itu mungkin Rafizi tak tahu sebab dia masih tengah merajuk lari dari PKR. -Malaysiapost
Penulis adalah pemimpin Bersatu Johor
(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

