Kerajaan komited kembalikan RUU PSA – Wan Junaidi

0
2

KERAJAAN komited dalam usaha mengembalikan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia (PSA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan RUU berkenaan bagimanapun memerlukan beberapa pindaan.

“Pagi ini, saya menerima memorandum daripada Bersih dan 38 badan bukan kerajaan (NGO) di persimpangan masuk jalan ke Parlimen.

“Memorandum itu bagi mendesak supaya mengembalikan RUU Perkhidmatan Parlimen dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia (PSA) dibentang pada sesi Dewan Rakyat, kali ini,” katanya di Facebook, hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau turut memberi sedikit penerangan mengenai perjalanan RUU itu yang memerlukan pindaan beberapa perkara bagi membolehkan ia dilaksanakan.

“Bagi pihak kerajaan, saya sendiri dan Ahli Parlimen komited dengan RUU ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here