Hina Islam: Hukuman denda RM50,000 ringan berbanding dosa besar dilakukan

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, denda RM50,000 adalah ringan berbanding dengan kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh individu yang menghina Islam.

Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak menyangka walaupun beragama Islam indvidu yang juga penghantar makanan itu masih tergamak berbuat demikian terhadap Allah SWT dan Rasulullah saw.

Katanya, beliau berharap individu berkenaan bertaubat untuk memohon keampunan daripada Allah SWT kerana hukuman di akhirat adalah lebih berat.

“Nama pun Mohd, beragama Islam tapi tergamak menghina dan mencarut terhadap Allah dan Rasul junjungan.

“Denda RM50,000 itu dikira amat ringan berbanding kesalahan besar yang dilakukan.

“Itupun hukuman di dunia, di akhirat lebih berat lagi. Moga bertaubat dan mendapat keampunan Allah. #PerangiHinaAgama,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu rakaman video di saluran YouTube miliknya, Sabtu lalu.

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nor’muzil Mohd Razalli, 39, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here