CPI hanya sekadar persepsi, tiada fakta – Azam Baki

0
2

KETUA Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, menegaskan setakat ini tiada bukti menunjukkan pelabur asing ‘lari’ daripada melabur di Malaysia hanya kerana Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Menurutnya, beliau bagaimanapun tidak mempunyai data mengenai perkara itu, namun berdasarkan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) tiada pula menyebut tentang pelabur asing lari kerana berdasarkan persepsi.

“Belum saya dengar lagi. Itu anda kena semak dengan BNM.

“Sekiranya ada pelabur-pelabur tak nak melabur di sini kerana berdasarkan persepsi (CPI) saya tidak tahu kerana negara yang lebih teruk persepinya daripa Malaysia pelabur tetap masuk juga,” katanya kepada media di Program Executive Talk Bersama Media Elektronik dan Portal Dewan di Pulse Grande Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, sebagai contoh kedudukan CPI Malaysia adalah lebih baik daripada Vietnam dan Thailand kerana negara berada di kedudukan kedua terbaik di belakang Singapura.

“Mungkin juga pelabur lari berdasarkan faktor dan kita tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan CPI dibuat adalah berdasarkan survey atau tinjauan terhadap persepsi sahaja dan bukannya berdasarkan fakta.

“Saya tidak akan mengatakan bahawa dengan ada buktinya indeks persepsi kita akan baik. Tetapi yang saya tekankan adalah kalau betul buktinya ada maka kita akan terima..itu yang lebih baik daripada hanya berdasarkan persepsi.

“Survey daripada sembilan area atau sektor yang dibuat juga bukan semua berkaitan dengan rasuah, hanya satu sahaja melibatkan rasuah,” katanya.

Azam berkata, kalau survey dibuat spesifik membabitkan rasuah maka ia boleh terima tetapi bukan hanya berdasarkan persepsi.

“Saya di peringkat mesyuarat peringkat tertinggi SPRM kita mengharapkan supaya ada bukti. Kalau sekiranya ada bukti jelas bukan saya sahaja tetapi kerajaan dan rakyat kena terima itulah buktinya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here