Rafizi serang Najib kerana mahu popular – Shamsul Anuar

0
1

TINDAKAN Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘menyerang’ Datuk Seri Najib Razak didakwa hanya bertujuan untuk menumpang populariti bekas Perdana Menteri itu.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata Rafizi sebelum ini dikenali sebagai pakar fomula PKR.

Namun menurutnya semua formula yang dikemukakannya ‘ke laut’ dan kini muncul kembali dalam arena politik negara setelah sekian lama menyepi.

“Mudah sahaja untuk dianalisa. Beliau mahu kembali dikenali dan mengharap popular semula. Apa cara dan pilihan yang beliau ada?

“Serang Najib Razak. Kerana itu beliau menyerang termasuklah membuat laporan polis seluruh negara terhadap Najib,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lemggong bagaimanapun berkata beliau percaya rakyat bijak menilai.

“Lihatlah apa sudah jadi kepada Malaysia sekarang. Puncanya apabila pentadbiran dan dasar negara yang lemah apabila PH memerintah.

“Usahlah kita sekali lagi gadaikan masa depan negara dengan “formula tidak masuk akal” yang dikemukakan oleh orang seperti Rafizi Ramli,” katanya.

Semalam lebih 100 laporan polis dibuat oleh pemimpin dan ahli PKR terhadap Najib, atas arahan Rafizi berhubung isu tuntutan Sulu ke atas Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here