Pemilik kelab komedi terima ugutan bunuh

0
1

POLIS menerima laporan daripada pemilik sebuah kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan polis dibuat pemilik syarikat Mycomedy Sdn Bhd, semalam.

“Ugutan diterima oleh isteri pemilik kelab berkenaan dari seorang lelaki tidak dikenali.

“Ugutan yang dituju kepada pengadu itu disyaki ada kaitan dengan kes sebuah kelab komedi disimbah cat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Media semalam melaporkan sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) disimbah cat berwarna merah dan hitam.

Kejadian itu disedari selepas pihak polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 7 pagi.

Pada 14 Julai lalu, polis menahan pengasas bersama kelab komedi berkenaan yang berusia 39 tahun bagi membantu siasatan mengenai penularan dua klip video yang dipercayai menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here