Pemergian Kok Chi kehilangan besar buat arena sukan negara

0
1

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, Sabtu lalu.

Beliau berkata, pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar khususnya buat arena dan industri sukan negara.

“Sepanjang hayat Datuk Sieh, beliau telah memberi pelbagai sumbangan dalam meningkatkan martabat sukan negara terutama ketika memegang jawatan Setiausaha Agung MOM.

“Selain itu, Datuk Sieh juga pernah menjawat pelbagai jawatan lain termasuk menjadi Penolong Setiausaha MOM, Setiausaha Kehormat ASUM (Kesatuan Renang Amatur Malaysia), Setiausaha Renang Amatur Selangor dan Setiausaha Kehormat MOM.

“Mewakili Kementerian Belia dan Sukan, saya sekali lagi mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat mendiang Datuk Sieh,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Faizal berkata, jasa serta pengorbanan mendiang akan terus terpahat dalam sejarah dan menjadi pedoman kepada para pelapis sukan negara.

Mac lalu, Kok Chi diangkat sebagai Tokoh Sukan 2019/2020 bersempena Majlis Anugerah Sukan Negara.

Apa yang lebih bermakna anugerah tersebut telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here