PEMBELA anjur Hari Peradaban Melayu 30 Julai ini

0
3

PERTUBUHAN-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) buat julung kali merancang menganjurkan Hari Peradaban Melayu di Padang Merbok di ibu negara, 30 Julai ini.

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya berkata melihat sambutan hangat terhadap program Bon Odori di Shah Alam baru-baru ini walaupun tiada kaitan budaya Malaysia, maka tiada sebab orang Melayu tidak memeriahkan hari peradaban bangsa sendiri.

Katanya, rancangan menganjurkan program itu susulan keterujaan rata-rata orang Melayu-Islam meraikan festival Bon Odori di meskipun telah ditegah oleh pihak berkuasa agama dan mufti.

“Terkedu hati saya melihat 35,000 orang yang meraikan festival Bon Odori ini yang rata-ratanya adalah orang Melayu Islam kita walaupun para asatizah termasuk pihak berkuasa agama dan mufti melarangnya.

“Lebih menghairankan, ada pemimpin beragama Islam bersungguh-sungguh merayakan dan mempromosi konon atas semangat kebudayaan, perpaduan dan keharmonian.

“Padahal ia tiada kena mengena dengan mana-mana kaum di Malaysia. Apa-apa pun, pelbagai pandangan telah diberikan banyak pihak, terpulang kepada rakyat untuk menilainya,” katanya memetik laporan portal Ismaweb hari ini.

Susulan itu, Aminuddin berkata beliau berbincang untuk menganjurkan satu hari bagi meraikan peradaban bangsa Melayu bersama NGO-NGO Melayu Islam lain.

“Sahabat-sahabat dari persatuan silat, seni serta budaya pun teruja untuk menjayakannya bersama-sama. Ya, kita bercadang jadikannya program tahunan.

“Akan ada pameran, gerai jualan, persembahan serta pertunjukan yang sesuai untuk seisi keluarga luangkan masa bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here