MALAYSIA semakin ketinggalan berbanding negara jiran disebabkan oleh rasuah Najib Datuk Seri Najib Razak terhadap kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan sejumlah besar wang yang dipinjam bekas Perdana Menteri itu kini telah hilang berikutan projek yang dimulakan bukan sahaja terlalu mahal, tetapi memihak kepada pihak lain.
“Ia berikutan projek-projek tersebut tidak memberi manfaat kepada negara. Dan tentunya kerana terpaksa membayar untuk melangsaikan hutang besar yang ditanggung, tiada lagi wang untuk membangunkan negara.
“Apakah yang dia (Najib) harapkan kerajaan lakukan? Terlepas pandang semua jenayah yang dia lakukan?.
“Siapa yang dia minta fokus pada ekonomi? Ia tidak (mungkin) Pakatan Harapan (PH) kerana beliau telah membuat perubahan pintu belakang kerajaan; bukan sekali tapi dua kali,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, berkata sepatutnya Najib bertanya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Perdana Menteri daripada Umno mengapa Malaysia ketinggalan.
“Syarikat-syarikat besar keluar negara beramai-ramai. Semua mengadu (proses) mendapatkan kelulusan atau kebenaran untuk apa-apa perkara pun mengambil masa berbulan-bulan jika tidak, bertahun-tahun. Hanya apabila wang dibayar (rasuah) barulah kebenaran diberikan.
“Malah, untuk bertemu dengan menteri pun perlukan rasuah. Tetapi selalunya menteri-menteri ini enggan bertemu pelabur, malah PM pun tak ada,” ujarnya. – Malaysiapost

