Kes Covid-19 meningkat semula, dapatkan dos penggalak kedua – KJ

0
1

PENDUDUK Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas digesa mendapatkan dos penggalak kedua susulan kes Covid-19 dilaporkan sedang meningkat semula.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata ramai yang tidak dijangkiti Covid-19 sepanjang dua tahun lalu kini telah dijangkiti.

“Jika anda berusia 50 tahun ke atas dan telah mendapatkan dos penggalak yang pertama anda kini boleh mendapatkan dos penggalak yang kedua

“Walaupun anda sihat dan tidak berisiko tinggi anda boleh dapatkan dos penggalak yang kedua,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di laman Twitternya, hari ini.

Menurutnya, antara golongan lain yang boleh mendapatkan dos penggalak kedua adalah petugas barisan hadapan dan individu yang berisiko tinggi

“Dos penggalak kedua ini anda boleh dapatkan sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos penggalak pertama

“Penduduk Malaysia berusia 50 tahun ke atas boleh menempah janji temu untuk dos penggalak kedua melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata, selain itu orang ramai juga boleh melayari laman web vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk mendapatkan senarai fasiliti kesihatan swasta yang memberikan dos penggalak kedua.

Menurutnya orang ramai boleh menghubungi klinik berdekatan untuk membuat janji temu bagi dos penggalak kedua.

Sementara itu, Khairy turut menggesa mereka yang masih belum mendapatkan dos penggalak pertama agar mendapatkannya segera.

“Covid-19 masih ada, Covid-19 masih bahaya. Covid boleh mengancam nyawa terutamanya orang tua dan orang yang ada penyakit kronik.

“Kita mesti hidup bersama Covid-19, bukan mati kerana Covid-19. Dapatkan dos penggalak sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here