RUU Anti Lompat Parti dijangka dibahas minggu depan

0
2

SEORANG Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini menyatakan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti sangat bermakna dan signifikan dalam memperbaiki demokrasi di Malaysia.

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Fahmi Fadzil berkata pagi ini, RUU itu telah diserah semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kepada Dewan Rakyat.

“Saya telah teliti RUU ini. Ia pindaan Perlembagaan yang sangat bermakna, amat signifikan.

“Insya-Allah ia akan dibahas dalam sidang kali ini, mungkin awal minggu depan.

“Semoga urusan perbaiki demokrasi di Malaysia dipermudah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here