Lelaki mirip ‘ikon pemotoran’ ditahan tiada lesen

0
1

GAMBAR memaparkan seorang individu ditahan polis atas kesalahan jalan raya mirip pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa tular di media sosial hari ini.

Dalam hantaran itu, turut dimuat naik gambar kertas saman tertera nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar dengan kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang menyoal sama ada individu tersebut adalah Haqiem, yang pernah mendapat jolokan ‘ikon pemotoran’ daripada seorang menteri.

Semakan di ruangan komen mendapati hantaran itu dihujani sindiran warga maya yang berpendapat pempengaruh media sosial itu ternyata tidak boleh dijadikan contoh kepada pelajar sekolah.

“Budak macam ini pun boleh sekolah jemput bagi kata-kata motivasi. Bagus sangat satu sekolah itu disekolahkan oleh dia,” kata Ahmad Dzulfiqar.

“Ini orang yang dapat diangkat menteri, dapat jemputan dari pengetua bagi motivasi pada pelajar. Contoh yang baik sangat la ni ditangkap tiada lesen memandu,” ujar Carol Zahid.

“Budak baru nak kenal dunia. Sembang tapi hauk tak ada lesen. Buat malu kat budak sekolah. Menteri yang jadikan dia ikon lagi cap ayam,” kata Muhd Fahmi.

Sebelum ini, tular video di TikTok menunjukkan Haqiem menerima jemputan daripada sebuah sekolah di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar.

Rata-rata warga maya menyoal kriterianya sehingga dijemput ke sesi motivasi sekolah, sedangkan lagi ramai ikon cemerlang yang lebih layak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here