Lagi kes individu hina Islam, Nabi

0
1

DUA lagi individu dikesan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui rakaman video serta audio yang tular di media sosial.

Menerusi satu klip video yang memaparkan seorang lelaki bertindak biadap dengan menghina agama Islam serta mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya.

Antara kandungan video berdurasi empat minit 13 saat itu, lelaki berkenaan menggambarkan Islam dan penganutnya sebagai pengecut dengan merujuk kes seorang lelaki yang didakwa menghina Islam dan dibelasah hingga cedera di muka, semalam.

Malah, lelaki yang mengenakan seluar jeans lusuh pendek dan berbaju merah itu juga telah mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya jika berani.

Berdasarkan klip video berdurasi empat minit 13 saat itu juga, lelaki terbabit menggambarkan Islam dan penganutnya sebagai pengecut.

“Islam itu hanya di jubur (punggung) aku, semua orang Islam penakut (pengecut) hanya berani bila ramai.

“Kenapa pergi katok (pukul) orang itu ramai-ramai..ajaklah gocoh (lawan) sorang-sorang. Katok ramai-ramai pun tak mampus (mati) dia..tenang sahaja dia.

“Lama dah aku royak (cakap) Islam ini jahat, kamu semua macam kera (monyet),” cabar lelaki tersebut.

Berdasarkan loghat percakapan lelaki terbabit, difahamkan dia berasal dari negeri di Pantai Timur atau di selatan negara jiran, Thailand.

Sementara itu, turut tersebar satu rakaman audio suara seorang lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Kedua-dua rakaman video dan audio itu dimuat naik dan dikongsikan di laman Facebook IRDK Respond Team, hari ini.

Susulan perkongsian itu, rata-rata mengecam perbuatan kedua-dua lelaki terbabit dan mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan segera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here