Geng PKR dah ikut ke arahan Timbalan Presiden, sindir Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak menyindir ahli PKR sama ada telah mengikut saranan Timbalan Presiden parti itu, Rafizi Ramli supaya membuat laporan polis terhadap beliau.

Ia selepas Rafizi meminta ahli PKR membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana menipu.

“Selamat pagi kawan-kawan dari PKR. Hari ini korang perlu mula buat kerja seperti diarahkan oleh Timbalan Presiden korang.

“Saya mulakan dengan lima perkara. Sila sanggah dan buat laporan polis sebab saya menipu,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Rafizi menetapkan beberapa tugas perlu dipikul ahli PKR dalam tempoh terdekat antaranya menyanggah kenyataan Najib.

Sebagai permulaan, Rafizi yang baru sahaja dilantik ke jawatan itu pada pemilihan lalu meminta perwakilan di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Najib ekoran Ahli Parlimen Pekan itu didakwa memainkan isu perkauman dan meracuni pemikiran rakyat

Rafizi berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Kongres Nasional PKR ke-16 yang berlangsung semalam.

Sementara itu, Najib dalam hantaran sama berkata berbeza dengan Syed Saddiq Abdul Rahman dan Lim Guan Eng, beliau tidak pernah didakwa mencuri, menyeleweng, meminta atau menerima rasuah.

Katanya, beliau dituduh di bawah kes pengubahan wang haram (AMLA) yang dikatakan dari sumber haram masuk dan keluar daripada akaun miliknya.

“Jadi bagimana pula saya boleh digelar perompak, perasuah atau penyamun?

“Tugas Rafizi ialah menghasut rakyat tiap-tiap hari,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here