Rafizi lemah, minta bantuan Ahli PKR lain untuk sangkal – Najib

0
1

TIMBALAN Presiden PKR yang baharu, Rafizi Ramli dilabel oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai lemah kerana meminta semua ahli PKR ‘berjemaah’ menyangkal setiap penulisannya di media sosial.

Menurutnya, selepas membuat penampilan semula dalam politik pada Mac lalu, Rafizi berjanji akan menyangkal setiap penulisannya yang didakwa merampas peranan naratif rakyat dari Pakatan Harapan (PH) dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu ingin merampasnya semula.

“Setelah empat bulan berkali-kali gagal untuk sangkal saya, hari ini dia arahkan semua ahli PKR pulak supaya bantu dia untuk sangkal saya.

“Sendiri gagal, satu parti diarahkan bantu dia untuk lawan saya seorang. Eh,… lemah betul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pelan, berkata Rafizi juga mengarahkan ahli PKR untuk membuat laporan polis setiap kali beliau dikatakan bohong.

“Ini lagi lemah. Nombor 1: Saya tak bohong. Tulisan saya berdasarkan fakta dan asas.

“Nombor 2: Menipu dalam media sosial bukanlah jenayah selagi ianya tak hasut rakyat untuk ajak turun ke jalan raya. Jika menipu merupakan kesalahan jenayah, dah sepuluh tahun Rafizi melingkup kat dalam dah. Siapa tak tahu dia Raja formula songsang?” katanya.

Najib menegaskan beliau tidak pernah takut berdepan setiap laporan polis kerana tidak menipu.

“Hari itu dia (Rafizi) yang kata saya tak popular ke mana pun.

“Hari ini pula, dia arahkan semua ahli PKR untuk sangkal saya dengan alasan ini adalah sangat penting bagi PH. Kenapa perlu sangkal pulak jika saya tak popular?

“Tak apa. Selepas ini, saya akan buat satu hantaran yang panjang khusus untuk Rafizi dan semua ahli PKR untuk sangkal saya. Tunggu, ya.

“Jangan tak buat kerja seperti diarahkan TImbalan Presiden. ‘Bring it’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here