Kes baharu Covid-19 kembali lepasi angka 4,000

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES baharu Covid-19 kembali mencatat angka melebihi 4,000 semalam iaitu 4,093 kes berbanding 3,934 kes kelmarin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima daripadanya melibatkan kes import, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,570,945 kes.

Sementara itu, lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, dua daripadanya kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,836 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 38,913.

Seramai 37,495 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 26 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,339 kes pula dirawat di hospital dan 53 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here