KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) membuka kembali perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) bagi laluan Padang Besar – Hatyai bermula 15 Julai ini.
Dalam hantaran di Facebook, KTMB berkata perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT akan memasuki Stesen Padang Besar setelah lebih dua tahun dihentikan akibat pandemik Covid-19,
“Sudah dua tahun tak bertemu, hari yang dinantikan akan tiba.
“Yang di sini rindu nak makan tomyam di sana.. Yang di sana rindu nak makan masak lemak di sini.
“Bakal bertemu anda lagi pada 15 Julai ini,” katanya.
Perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT sememangnya menjadi pilihan pengunjung dari negara ini untuk ke Thailand selain menaiki kapal terbang.
Pembukaan semula perkhidmatan itu sekali gus dapat merangsang kembali sektor pelancongan dan ekonomi kedua-dua negara. – Malaysiapost

