MET Malaysia nafi ‘dua ribut bertembung’ berlaku petang ini

0
1
Kelihatan orang ramai meluangkan masa di Taman Layang-layang Kepong ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada penerima-penerima 2 dose vaksin untuk sukan dan riadah (outdoor).

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan ‘dua ribut bertembung’ yang tular di pelbagai platform media sosial dan aplikasi WhatsApp, semalam.

MET Malaysia dalam kenyataan berkata, sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

“Sistem ini akan menvebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam masa sama, MET Malaysia menegaskan penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai dingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia sera Hotline di talian 1-300-22-1638.

Semalam, hantaran berkenaan kejadian pertembungan dua ribut yang dijangka melanda Malaysia jam 6 petang hari ini, tular di media sosial.

Menurut hantaran itu, kerajaan perlu memindahkan penduduk di kawasan yang terlibat, seperti amaran yang dikeluarkan di Filipina. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here