DBKL jangan bagi muka pada kelab komedi

0
1

PERTUBUHAN-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berkompromi termasuk menawarkan apa-apa ruang untuk berunding kepada ‘kelab komedi’ yang mencetus kontroversi baru-baru ini.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata ini bukan kali pertama penghinaan berlaku, malah banyak video rakaman yang tersebar.

“Ini termasuk persembahan-persembahan dari pemiliknya sendiri. Sangat memalukan jika ada tolak ansur lagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amiruddin berkata DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti mengambil tindakan tegas dan tuntas selaku pemberi lesen perniagaan dan apa juga yang berkaitan terhadap premis tersebut.

Semalam pihak pengurusan Crackhouse Comedy Club menggesa agar DBKL menarik semula penggantungan lesen premis itu.

Ia susulan video berdurasi 54 saat tular di media sosial menunjukkan seorang wanita mendakwa menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya ketika membuat persembahan di kelab tersebut.

Pengurus kelab komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dan Shankar R Santhiram berkata, kelab itu disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.

“Pada 11 Julai 2022, Crackhouse Comedy Club disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.

“Kami menggesa pihak berkuasa agar menarik semula penggantungan lesen Crackhouse Comedy Club kerana tindakan ini bersifat berat sebelah dan tanpa pertimbangan yang wajar,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu turut disokong beberapa lagi penama antaranya pelawak Harith Iskander, Douglas Lim dan Achmad Rusli @ Mad Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here