Teman lelaki wanita hina Islam ditahan, reman tiga hari

0
1

TEMAN lelaki kepada wanita yang dipercayai menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, ditahan polis.semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan lelaki itu di sekitar Kuala Lumpur semalam.

“Lelaki tersebut ditahan reman tiga hari bermula sehingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, pihaknya akan buat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat esok.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” katanya.

Sebelum itu, video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial, memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menanggalkan tudung dan baju kurung sebelum mengeluarkan kenyataan yang dipercayai menghina Islam, yang mendapat kecaman banyak pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here