Suspek kelar isteri, bayi disambung reman seminggu

0
2
suspek kelar isteri, bayi

SUSPEK yang terlibat dalam pembunuhan seorang ibu dan bayi pada 4 Julai lalu disambung reman bagi membantu siasatan.

Perintah sambungan reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Suhaila Shafi’uddin di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata reman terhadap suspek akan disambung selama tujuh hari sehingga 18 Julai depan, lapor Kosmo Online.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.15 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren dan berkaki ayam.

Ketika dibawa turun dari trak polis, suspek kelihatan tenang dan hanya menurut arahan pegawai polis yang mengiringinya.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, Hajar Nursyahirin dan bayi lelakinya, Hans Mohd. Thakif, dua bulan ditemui maut di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu, dengan kesan kelar di bahagian leher mereka.

Tertuduh ditahan di Permas Jaya selepas melarikan diri dalam keadaan berbogel dengan menunggang motosikal di mana beberapa rakaman video berhubung kejadian tersebut tular di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here