Najib ucap selamat ulang tahun kelahiran ke-97 buat Tun M

0
2

DATUK Seri Najib Razak hari ini mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahiran ke-97 negarawan itu semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib menzahirkan ucapan semoga bekas Perdana Menteri itu dikurniakan kesihatan yang baik.

“Selamat ulang tahun kelahiran ke-97. Happy birthday. Moga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat dan dikurniakan kesihatan yang baik,” tulis Ahli Parlimen Pekan itu.

Umum mengetahui, sejak meninggalkan Umno pada 2016, Dr Mahathir secara terang-terangan berseteru dengan Najib sehinggalah Ahli Parlimen Langkawi itu bersama gabungan pembangkang dan akhirnya menewaskan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib pada PRU 2018.

Malah, Dr Mahathir sentiasa menyalahkan Najib setiap kali beliau membuka mulut sehingg ada yang melihat persengketaan mereka lebih bersifat peribadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here