Lelaki dikhuatiri lemas ketika jala ikan

0
2

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, Tenom, Sabah sejak Sabtu lalu, masih belum ditemukan.

Mangsa, Alphonius @Ebon Ambabai yang berusia 25 tahun terbabit dilaporkan hilang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat berkenaan dijalankan menggunakan kaedah ‘surface rescue’ di tebing sungai sepanjang empat kilometer.

Katanya, operasi pencarian yang dijalankan hari ini terbahagi kepada empat kumpulan.

“Berdasarkan maklumat terkini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5.10 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi akan disambung semula pagi esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here