ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menghala ke ibu negara dikesan mulai perlahan berikutan orang ramai pulang dari kampung selepas bercuti sempena sambutan Aidiladha.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, setakat jam 4.45 petang ini, aliran trafik tinggi dan perlahan sejauh 25 kilometer (km) dari persimpangan Karak ke Lentang dan 8.8 km dari Batu 12 Gombak ke Plaza Tol Gombak.
“Selain itu, trafik dilaporkan perlahan di Pedas Linggi ke persimpangan Port Dickson, Simpang Ampat ke Pedas Linggi, Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Simpang Ampat, serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh ke Bukit Gambir,” kata LLM menerusi Twitter.
Sementara itu, setakat jam 5.32 petang, trafik turut dilaporkan perlahan dari Ipoh (U) ke Layby Simpang Pulai (S) dan Gopeng ke Tapah.
“Selain itu, R&R Tapah ke Sungkai, Tanjung Malim ke Lembah Beringin dan Lembah Beringin ke Sg. Buaya.
Trafik juga dilaporkan perlahan dari Jitra ke Hutan Kampung dan Alor Setar Selatan ke Alor Setar Utara.
“Serta Alor Setar Utara ke Gurun, Sg Petani Utara ke Bertam, Persimpangan Sg Dua ke Perai sebelum masuk Plaza Tol Juru
dan Bukit Tambun ke Jawi,” katanya. – Malaysiapost

