Wanita tular tanggal pakaian biadap, wajar kena tindakan tegas

0
1

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa tindakan tegas diambil terhadap wanita yang tular membuka pakaian di hadapan penonton kerana didakwa sengaja mencemar imej agama Islam.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata tindakan wanita itu telah melanggar enakmen agama Islam negeri sedia ada.

Katanya, masyarakat perlu memahami kelakuan menghina agama tidak boleh dikompromi dan perlu dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran.

“Kami merasa sangat kesal jika umat Islam marah kepada orang bukan Islam menghina Islam, apatah lagi oleh orang Islam sendiri, kerana fitnahnya terlalu besar.

“Kami juga kesal dan menyatakan bantahan keras terhadap wanita yang secara terang terangan telah menghina Islam dalam suatu majlis yang ditonton oleh ramai orang,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Azmi berkata, tingkah laku biadab itu tidak wajar diteladani dan pihak yang berkenaan perlu memainkan peranan dengan bertindak segera agar perkara sama tidak berulang kembali.

Terdahulu, tular di media sosial klip video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran. 

Tindakan wanita itu menimbulkan kemarahan umat Islam kerana didakwa sengaja mepersendakan Islam dan menuntut tindakan tegas diambil terhadapnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here