Jemaah terkandas: 5 individu direman termasuk pemilik agensi pelancongan 

0
1

POLIS menahan reman lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta berhubung insiden hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata semua suspek berkenaan diserahkan oleh polis Kuala Lumpur kepada Polis Kontinjen Selangor hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kesemua suspek yang ditangkap dalam kes ini termasuk pemilik agensi pelancongan itu dan juga isterinya telah dipohon perintah reman.

“Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Julai ini berjaya diperoleh  untuk kesemua suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi  meneruskan siasatan dalam kes ini,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Beliau berkata, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Khamis lalu, media melaporkan, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here